www.gem.socialgo.com (Direktori / Forum )

GEM Community Malaysia Agriculture & Agro-Based Industry DIRECTORY / FORUM Join GEM Community for free.Community for entrepreneurs to share information and their oppinion (Forum, Blog, Directory, Free Advertisement & etc) such as in Agriculture, Stock & etc. Hoping the GEM Community could give any benefit for everyone that joining GEM Community

PANDUAN PENTERNAKAN LEMBU PEDAGING FIDLOT(SISTEM BERKURONG)

Wednesday 10th December 2008 11:31am 1
mazni
mazni
36 Posts

PANDUAN PENTERNAKAN

LEMBU PEDAGING
FIDLOT (SISTEM BERKURONG)

6.1 Fidlot (Berkurung)

Wednesday 10th December 2008 11:34am 2
mazni
mazni
36 Posts

6.1 Fidlot (Berkurung)

  1. Ringkasan Projek

    Penggemukan dengan sistem fidlot menghendaki lembu-lembu muda penggemuk sentiasa berada di dalam kandang, diberi makanan yang bermutu dan air bersih secukupnya; supaya ternakan itu cepat mencapai berat yang sesuai untuk disembelih.

    Dengan cara ini anak lembu jantan muda pada berat asal antara 150-200 kg. akan digemukkan kepada berat akhir antara 350-400 kg. dalam masa kira-kira 6 bulan. Makanan bermutu yang digunakan berupa rumusan tunggal seperti PKC atau campuran dedak PKC dengan bahan-bahan makanan lain seperti rumput dan sisa-sisa pertanian yang lain.

    Menternak secara fidlot ini adalah satu usaha bercorak komersial, sama ada sebagai sumber pendapatan tambahan atau sebagai usaha pendapatan utama yang dijalankan sepenuh masa. Oleh kerana ia bercorak komersial, penjimatan kos input dan kecekapan pengeluaran hendaklah dititikberatkan. Semua kos adalah tanggungan penternak dan tidak ada subsidi yang diberikan oleh Jabatan Per-khidmatan Haiwan.

  2. Persediaan Penternak

    Seorang penternak yang ingin mencebur diri di dalam usaha ini harus mempunyai ciri-ciri berikut

    1. Berminat
    2. Mempunyai kawasan tanah
    3. Mempunyai modal
    4. Berupaya mengerjakannya
    5. Mempunyai pasaran
  3. Memilih Kawasan

    Kawasan yang boleh dibinakan fidlot perlu mempunyai ciri-ciri yang berikut:

    1. Cukup ruang untuk mendirikan kandang; luas ruangan kandang ialah 30 kaki persegi untuk seekor lembu.
    2. Mempunyai kemudahan jalan keluar masuk yang baik untuk pengangkutan ternakan dan makanan.
    3. Mempunyai kemudahan saliran untuk mengalirkan najis dan basuhan kandang, supaya tidak mencemar air kegunaan orang ramai dan mengotorkan persekitaran.
    4. Mudah mendapatkan air bersih untuk minuman dan membasuh kandang.
    5. Terletak jauh dari tempat kediaman supaya bau kandang tidak mengganggu orang ramai.
    6. Berhampiran dengan kilang membuat makanan yang akan digunakan.
    7. Terletak berhampiran dengan pasaran daging yang berpotensial.
  4. Modal

    Semua kos projek akan ditanggung oleh penternak sendiri. Walau bagaimanapun, beberapa cara penggunaan modal boleh dijalankan seperti:

    1. Pembinaan kandang dan alatan - modal penternak sendiri.
    2. Pembelian lembu - modal sendiri atau perjanjian skim penggemukan atau pinjaman bank.
    3. Bekalan makanan - modal sendiri atau pinjaman bank.

    Biasanya kemudahan kredit jangka pendek bagi bekalan makanan dapat diuruskan dengan pihak pembekal bahan makanan.

  5. Tenaga Kerja

    Bagi sebuah fidlot kecil yang memelihara tidak lebih dari 50 ekor ternakan, tenaga penternak sendiri adalah mencukupi bagi pekerja selama 3-4 jam sehari. Tenaga anggota keluarga boleh juga membantu di mana diperlukan.

    Apabila usaha menjadi sepenuh masa, kadar kecekapan pengeluaran perlu ditingkatkan. Untuk itu, seorang pekerja boleh mengendalikan sehingga 200 ekor ternakan sehari, dengan menggunakan alatalatan pengurusan yang bersesuaian.

  6. Merancang Pemasaran

    la adalah paling penting dikaji sebelum satu usaha fidlot dimulakan. Kemudahan pemasaran mestilah dipastikan terlebih dahulu supaya semua ternakan yang dipelihara dapat dijual pada masa yang dirancangkan, atau pada harga yang paling baik.

  7. Pembinaan Kandang
    1. Luas ruangan untuk seekor lembu di dalam kandang konkrit ialah 30 kaki persegi. Misalnya, kandang sebesar 30 kaki panjang dan 10 kaki lebar dan 8 kaki tinggi adalah sesuai untuk 10 ekor ternakan.
    2. Untuk kandang terbuka yang tidak berkonkrit, keluasan yang lebih adalah diperlukan, iaitu kira-kira 150 kaki persegi untuk seekor. Kandang jenis ini adalah kurang sesuai di negara ini kerana kadar hujan yang tinggi dan mengganggu pengurusan dan menimbulkan masalah kebersihan kandang.
    3. Sistem perparitan dan kecerunan lantai adalah penting sama ada ia kandang konkrit atau kandang terbuka di atas tanah. Konkrit yang baik juga diperlukan supaya lantai lebih tahan lama dan tidak mencederakan ternakan. Palung makanan mestilah terletak lebih tinggi arasnya dari palung air.
    4. Seelok-eloknya terdapat pokok-pokok di sekitar kandang untuk teduhan dan lindungan dari angin.
    5. Contoh-contoh binaan kandang adalah seperti di Lampiran 1 dan 2.
    6. Tiang dan palang dinding kandang hendaklah cukup kuat tetapi tidak semestinya dari kayu yang mahal. Memadailah dari kayu lama atau kayu belahan kilang yang kukuh. Kayu-kayu hutan yang baik boleh mengurangkan belanja membina kandang. Atap nipah atau zing boleh digunakan untuk bumbung.
    7. Palung makanan boleh dibuat dari konkrit atau lebih murah lagi dengan menggunakan alat-alat seperti Lampiran 3. Palung air juga boleh dijimatkan dengan membuatnya dari bahanbahan murah seperti Lampiran 3. Ruang makanan yang diperlukan ialah 1.5 ka. tiap-tiap seekor dan ruang untuk minuman ialah 1 ka. tiap-tiap seekor.
    8. Bumbung kandang hendaklah jenis yang dapat menahan panas dan hujan dan memberi sistem pengudaraan yang baik. Bagi kandang yang besar, bumbungnya memadai dibina di atas palung makanan sahaja.
  8. Stor Makanan

    Tempat menyimpan makanan yang berbumbung berlantai dan sentiasa kering hendaklah disediakan. Seelok-eloknya terletak berhampiran dengan kandang serta mempunyai kemudahan untuk memunggah guni-guni makanan. Pengudaraan yang baik juga diperlukan, di samping ianya perlu bebas dari serangan tikus.

  9. Pengurusan Tinja (Najis)

    Sebuah takungan pepejal tinja adalah diperlukan pada kadar kira-kira 1 kaki padu seekor sehari. Takungan ini dibuat bagi menampung basuhan kandang supaya pepejal tinja dapat mendak dan hanya air yang jernih sahaja keluar dari kawasan kandang. Bagi fidlot yang lebih besar, sistem takungan tinja dan pengudaraannya harus diubahsuai supaya mengurangkan pencemaran. Pepejal tinja boleh dikumpulkan setiap minggu untuk dijadikan baja tanaman.

  10. Tempat Memunggah dan Menimbang

    Tempat memunggah ternakan yang sesuai adalah diperlukan supaya ternakan tidak tercedera dan mudah turun naik lori. Ketinggian muka pintu harus disesuaikan dengan tinggi lantai lori yang digunakan.

    Tempat menimbang pula diperlukan dan seelokeloknya bersekali dengan tempat memunggah. Ini memudahkan menimbang ternakan semasa ketibaan dan ketika membuat jualan. Kecederaan semasa menimbang juga dapat dikurangkan.

    Menimbang ternakan juga mungkin diperlukan dari masa ke semasa, misalnya untuk tujuan memilih ternakan yang telah sesuai dijual, atau bagi mengesan ternakan yang sakit atau terbantut.

  11. Trevis/Pasung

    Sebuah trevis atau pasung diperlukan untuk mengawal ternakan ketika membuat rawatan atau pemeriksaan. Biasanya, tempat menimbang boleh digunakan juga untuk tujuan ini.

  12. Kemudahan Pengangkutan

    Selain dari jalan yang baik, kawasan kemudahan untuk lori berpusing adalah penting, supaya tidak berlaku kemalangan dan kecederaan ketika memunggah ternakan dan makanan.

  13. Pengurusan Fidlot

    Ada dua sistem pengurusan fidlot yang boleh diamalkan, iaitu:

    1. Sekali-masuk-sekali-keluar

      Dengan cara ini, satu kumpulan ternakan dimasukkan ke dalam kandang dan apabila tempoh penggemukan tamat, ternakan akan dijual sekaligus. Cara ini memudahkan penternak merancang masa pemasaran yang sesuai. Biasanya fidlotfidlot kecilan sahaja yang mengamalkan cara ini, kerana jumlah ternakan yang sedikit mudah dijual secara serentak.

    2. Masuk-keluar berterusan

      Dengan sistem ini, kumpulan ternakan dimasukkan ke dalam kandang secara berperingkatperingkat mengikut tempoh tertentu, misalnya tiap-tiap bulan atau dua bulan sekali. Hanya fidlot besaran dapat menjalankan sistem ini, kerana kandang-kandang perlu dipetak-petakkan mengikut keperluan.

      Dengan sistem ini pembelian dan penjualan ternakan dapat dibuat secara berterusan. Apabila semua petak-petak berisi ternakan, jumlah ternakan akan sentiasa tetap pada setiap masa. Cara ini akan memudahkan pengurusan dan kecekapan pengeluaran akan meningkat.

  14. Jenis-jenis Ternakan

    Semua anak jantan baka pedaging dan baka tenusu boleh dijadikan lembu pengganti untuk digemukkan di dalam fidlot. Baka tempatan yang boleh digunakan ialah Kacukan Friesian Sahiwal, Droughtmaster, Kedah-Ke!antan, Brahman dan kacukan pedaging dari baka-baka tersebut. Akan tetapi, baka tempatan adalah terhad bekalannya. Oleh itu, lembu pengganti dari baka Kacukan Brahman atau Kacukan Komersial dari Australia (ACC) telah diimport. Dari kajian yang dijalankan, baka ini telah didapati sesuai digemukkan di dalam fidlot. Lembu pengganti dari baka ini juga boleh diimport dengan banyak dari Australia dengan harga yang hampir setanding dengan lembu baka tempatan.

  15. Menerima Ternakan
    1. Sebelum menerima ternakan, kandang mestilah telah sempurna, siap dengan bekalan air dan makanan untuk beberapa hari. Dua atau tiga utas tali jerami sepanjang 20 kaki sebesar jari adalah diperlukan untuk mengawal anak lembu yang akan tiba, sekiranya diperlukan.
    2. Semua lembu perlu ditimbang bagi mengetahui berat asal dan direkodkan. Pemeriksaan menyeluruh hendaklah dibuat kepada lembu-lembu dan pastikan ternakan ini adalah sihat.
  16. Pemakanan
    1. Hampas isirung palma (PKC) sebagai rumusan tunggal.

      Pada beberapa hari pertama, lembu-lembu mungkin tidak memakan PKC, kerana ia makanan baru. Oleh itu, PKC dikenalkan perlahan-lahan dengan mencampurkan rumput. Gula hitam (molasses) boleh dicampurkan jika perlu, untuk merangsangkan lembu memakan PKC. Pada biasanya, dalam tempoh seminggu, lembu-lembu itu akan dapat memakan PKC semahunya tanpa makanan lain. PKC hendaklah sentiasa ada di dalam palung makanan. Ia ditambah dengan kadar yang berpatutan supaya tidak membazir. Cara membuat anggaran yang mudah ialah dengan melihat sisa makanan sebelum menambah makanan yang baru. Makanan hari sebelumnya hendaklah hanya tinggal sedikit sahaja di dalam palung. Makanan sisa itu hendaklah diasingkan untuk ditaburkan di atas makanan yang baru ditambahkan. Jangan dibuang sisa-sisa makanan kerana ia merugikan.

    2. Rumusan makanan Sisa Pertanian

      Beberapa jenis bahan sisa pertanian di negara ini boleh digunakan sebagai campuran makanan untuk lembu di dalam fidlot. Dari kajian yang telah dibuat, beberapa campuran bahan makanan berasaskan PKC boleh digunakan. Beberapa contoh adalah seperti berikut: -

      Contoh (i)

      Bahan Makanan Berat (kg)

      Hampas Isirung Palma (PKC) 2.875
      Enapcemar Kelapa Sawit (POME) 2.0
      Tri-Calsium Phosphate (TCP) 0.05
      Kapur (Limestone) 0.025
      Garam dan Vitamin 0.025

      Jumlah 5.000

      Contoh (ii)

      Bahan Makanan Berat
      Kering
      (kg)
      Berat
      Basah
      (kg)

      Hampas Isirung Palma (PKC) 2.95 2.95
      Hampas sagu 2.03 13.53
      Limestone 0.02 0.02

      Jumlah 5.00 16.50

    3. Air

      Air yang bersih hendaklah sentiasa ada secukupnya di dalam palung. Air telaga yang bersih atau air dari bumi adalah lebih menjimatkan daripada alr paip.

    4. Garam Galian dan Vitamin

      Garam galian hendaklah dicampurkan bersama dengan kadar 1 - 1.5 kg. setiap 100 kg. makanan. Sebagai gantian garam dapur atau garam TCP boleh disediakan untuk dijilat.

  17. Membasuh Kandang

    Kandang ternakan biasanya dibasuh sekali dalam sehari. Akan tetapi, untuk menjimatkan belanja ianya boleh dibasuh dua hari sekali sahaja. Untuk membasuh kandang, air perigi yang dipamkan menggunakan jentera pam air adalah lebih baik kerana ianya lebih murah dan kuat tekanannya. Ketika membasuh, pastikan air tidak membasahi palung makanan, kerana ia akan menyebabkan makanan berbau dan berkulat.

  18. Rawatan

    Sambil membasuh kandang dan memberi makanan, pemerhatian hendaklah dibuat secara keseluruhan kepada ternakan. Jika kelihatan ada lembu yang tidak sihat, pegawai dari Jabatan Perkhidmatan Haiwan hendaklah dihubungi segera untuk bantuan rawatan.

  19. Tempoh Penggemukan Tamat

    Penggemukan secara fidlot biasanya dijalankan selama enam bulan. Ini bergantung kepada berat terakhir dicapai oleh ternakan atau adanya peluang pasaran dengan harga yang tinggi. Pada bulan-bulan terakhir, pertambahan berat yang menurun juga menunjukkan lembu-lembu sudah siap untuk disembelih. Biasanya, berat maksimum yang menguntungkan bagi lembu-lembu import yang digemukkan ialah antara 350 kg. hingga 400 kg. Sungguhpun demikian, lembu boleh juga dijual pada berat yang kurang sekiranya ada pembeli yang sedia membayar harga yang tinggi. Keperluan pengguna dan kemampuan pembeli juga harus diambil kira.

  20. Menjual Ternakan

    Penternak digalakkan menjual sendiri ternakan masing-masing di masa yang betul. Kriteria yang digunakan bagi menentukan masa jualan ialah berat hidup. Lembu boleh mula dijual apabila mencapai berat badan antara 320 - 350 kg.

    Format cara jualan ini boleh diguna sebagai panduan:

    1. Jualan sendiri:

      Penternak bebas menjual lembu hidup kepada sesiapa yang dirasakan sedia menawarkan harga yang baik dan menguntungkan.

    2. Sistem lelong:

      Beberapa orang penyembelih diberitahu dan dipanggil ke fidlot, sesiapa menawarkan harga yang paling baik, penyembelih itu berjaya membeli lembu.

    3. Melalui Jabatan:

      Pegawai Penyelaras Projek boleh membantu untuk menjual ternakan kepada pembeli yang lebih besar seperti FAMA atau Syarikat Pembeli/Penyembelihan lembu yang besar dengan mengambilkira kos pengangkutan.
    4. Menjual Daging di Pasar/Pasar Tani:

      Penternak yang mendapat kemudahan gerai di Pasar Tani atau Pasar Besar boleh menjual sendiri daging lembu keluaran fidlot mereka. Dengan cara ini tiap-tiap penternak dijangka mendapat keuntungan yang lebih banyak.

      Penjualan hendaklah dilakukan melalui timbangan berat hidup. Harga lembu yang dipelihara secara fidlot sepatutnya lebih tinggi daripada lembu-lembu biasa, kerana mutu dagingnya lebih baik.

  21. Pengurusan Kewangan

    Sekiranya penternak mendapatkan modal dan makanan secara kredit, pembayaran balik kredit itu adalah sangat penting dalam edaran kewangan projek.

    Pegawai-pegawai Penyelia Projek dari Jabatan Haiwan akan memastikan pembayaran dibuat mengikut jadual dan penternak mempunyai sistem akaun yang mudah difahami semasa jualan. Pegawai-pegawai tersebut akan mengasingkan bayaran untuk bank dan untuk penternak bagi mengelakkan sebarang penyelewengan. Akaun yang sistematik perlu disimpan oleh Pegawai tersebut di peringkat permulaan supaya mudah penternak mengambil alih kemudian.

  22. Peringatan Khas

    Harus diingat, bahawa penternakan secara fidlot ini adalah usaha bercorak komersial. Segala kos dan kecekapan pemeliharaan perlu diberi perhatian supaya mendapat keuntungan. Jika diperbesarkan aktiviti ini ianya boleh dijadikan sumber pendapatan utama.

    Segala pembaziran input melalui makanan, air, bahan api, pembinaan kandang hendaklah dielakkan. Jangan menghabiskan masa berlebihan di kandang lembu. Masa itu boleh digunakan bagi mencari satu pencarian yang lain.

    Harap bersabar jika mendapati lembu yang baru tiba kelihatan agak liar kerana ia belum sesuai dengan keadaan sekeliling yang baru. Kandang dan kemudahan yang kukuh, serta pemberian makanan dan air yang cukup boleh menentukan kejayaan.

  23. Contoh Aliran Tunai

    Berikut adalah contoh aliran tunai bagi satu unit fidlot yang memelihara 20 dan 50 ekor lembu untuk dijadikan panduan. Harga yang digunakan boleh berubah dari masa ke semasa.

    Andaian

    Berat asal lembu 200 kg @ $3.30/kg.
    Berat akhir lembu 350 kg @ $3.30/kg.
    Memakan PKC @ 5 kg sehari
    Kenaikan berat badan @ 0.8 kg sehari
    Harga PKC @ 25 sen sekg.

    Pendapatan

    20 ekor 50 ekor
    (RM) (RM)

    Hasil Jualan Lembu
    350 kg x 20 x $3.30
    23,100 57,750
    Perbelanjaan
    i. Pembelian anak lembu 200 kg x $3.00/kg x 20 13,200 33,000
    ii. Kandang 60 ka x 20 ka (Susutan 5 tahun) 300 2,000
    iii. Makanan (PKC) 940 kg/ @ $0.25/kg x 20 4,700 11,750
    iv. Garam galian 100 250
    v. Kemudahan air, bahan api 150 300

    18,450 47,300
    vi. Faedah Bank @ 10% 1,845 4,730

    20,295 52,030

    Pendapatan Bersih 2,805 5,720

    sumber: jabatan perkhidmatan veterinar selangor

s

Monday 22nd December 2008 12:14am 3
mazni
mazni
36 Posts

KETAHUI BAKA - BAKA LEMBU:


Australian Friesian Sahiwal

Negara asal: Australia. Kacukan antara Sahiwal & Holstein-Friesian.
Mempunyai daya ketahanan dari serangan kutu, tahan panas, subur. Purata pengeluaran susu ialah 3,000 liters; kualiti susu baik - tahap protein 3.4%

Australian Milking Zebu


Negara asal: Australia, Kacukan antara Sahiwal-Red Sindhi & Jersey.
Secara am bentuk dan warna menyerupai Jerseys; tahan panas, mempunyai daya ketahanan dari serangan kutu. Purata pengeluaran susu setahun 2,700 liters . Kualiti susu yang tinggi - - tahap protein 3.5-4%

Brahman

Negara asal: Bos indicus, India.
Mempunyai ciri-ciri berikut iaitu mempunyai bonggol yang besar di bahagian atas bahu dan tengkuk; "processes" bergulong yang terletak di bawah bonggol dan memanjang & mempunyai tisu yang tegap yang menutupinya; selalunya tanduk bengkok ke atas dan kadang-kadang ke belakang; mempunyai telinga yang besar dan berjuntai; bahagian tengkuk mempunyai kulit yg yang mengelambir; mengeluarkan minyak yang berbau busuk yang boleh membantu menghalau serangga. Berbagai warna dari kelabu muda atau merah sehingga ada yang hitam. dan kebanyakan kelabu cerah atau sederhana kelabu. Lembu jantan selalunya gelap dari lembu betina dan selalunya mempunyai tompok hitam diatas bahu atau bawah kaki. Saiz sederhana, - Berat jantan 1,600-2,200 lbs & betina 1,00-1,400 lbs; anak 60-65 lbs dan cepat membesar. Tahan lasak dan boleh sesuaikan diri dengan keadaan; tahan panas, Pengeluaran susu yang memuaskan; Peratus daging sebenar (dressing) yang tinggi. - karkas yang baik dan bernilai dengan kadar lemak yang minima.

Charolais

Negara asal: Charolles province, France.
Berwarna putih atau putih berkrim tetapi kulit berpigmentasi; Bertanduk; berbadan panjang. Besar dan berat jantan 2,000-lebih 2,500 lbs & betina 1,250-lebih 2,000 lbs. Cepat membesar. Prestasi baik walaupun di dalam pelbagai keadaan cuaca yang berbeza. Mempunyai anak yang berat . Baka susu yang baik.



Droughtmaster

Negara asal: Australia. Kacukan antara Shorthorn & Brahman.
Berwarna merah; samada bertanduk atau tidak. Tahan panas dan kutu; terlalu subur dan senang mendapat anak; tidak berapa garang. Pembentukan karkas yang sempurna dan sederhana lambat.



Hereford

Negara asal: Herefordshire County, England.
Pengeluaran daging tinggi - berupaya untuk menggemuk; tahan lasak . Cepat matang. Akan menjadi baka yang penting di dalam industri pedaging pada tahun-tahun akan datang.



Holstein

Negara asal: Netherlands
Effisien, Tinggi pengeluaran susu. Berbadan besar dan berwarna hitam dan putih atau merah dan putih. Berat anak 90 lbs atau lebih, berat betina 1,500 lbs & tinggi jika diukur di bahu ialah 58" . Dara boleh dibiak pada umur 15 bulan dan berat lebih kurang 800 lbs. Boleh mendapat anak betina untuk kali pertama pada umur diantara 24-27 bulan; jangka masa bunting ialah lebih kurang 9 bulan. Jangka masa produktif yang normal ialah 6 tahun. Pengeluaran susu purata 17,408 lbs.



Jersey

Negara asal: Jersey Island, Britain.
Salah satu baka tenusu yang tertua; terbaik. Pengeluar susu yang terpilih ; kebanyakannya mengeluar susu 13 kali dari berat badan per laktasi. Boleh sesuaikan diri dengan cuaca yang berbeza. Boleh meragut dengan baik walaupun secara intensif. Tahan panas. Purata berat 900 lbs.



Milking Shorthorn

Negara asal: England
Samada merah, merah & putih, putih atau or "roan" Bertanduk pendik. Tahan lasak - boleh sesuaikan diri.. Baka yang terbaik. Jinak. Baka tenusu yang berkualiti. Melahirkan anak dalam tempoh yang tetap; senang beranak, anak cepat besar. Gred karkas yang kualiti. Senang mengurus dan daya pengeluaran yang ekonomik.



Red Sindhi

Negara asal: Sind, Pakistan.
Tahan lasak, mempunyai daya ketahanan yang tinggi terhadap kutu. Peragut yang baik. Pengeluaran susu yang tinggi, purata1,700 kg & lebih 3,400 kg per laktasi. Purata tinggi betina 116 cm berat 340 kg. Jantan purata tinggi134 cm & berat 420 kg. Selalunya warna merah pekat dan kadang-kadang warna kekuningan perang hingga ke perang gelap. Jantan lebih gelap bila dewasa dan kadang-kadang hitam di kepala, kaki dan ekor.



Sahiwal

Negara asal: Punjab.
Untuk kerja kasar dan lembu tenusu. Baka yang terbaik di India & Pakistan. Tahan lasak walau pun dalam keadaan cuaca yang teruk; mempunyai daya ketahanan dari serangan kutu, parasit dalaman dan luaran , tahan panas. Pengeluaran per laktasi purata 2,270 kg. Jinak. Berwarna merah keperangan dan "dominant red" dengan warna putih di tengkuk dan di bahagian bawah. Warna jantan gelap di kepala, kaki dan ekor. Pengeluar susu yang tertinggi dari baka Zebu, mempunyai umbing susu yang sempurna. Melahirkan anak yang kecil tapi cepat membesar.



Santa Gertrudis

Negara asal: United States. Kacukan antara Shorthorn & Brahman.
Warna merah pekat. Mempunyai ketahanan yang tinggi terhadap panas dan kutu. Senang beranak dan ibu yang baik. Pengeluaran susu yang banyak. Kenaikan berat badan yang ketara apabila meragut atau fidlot. Kualiti daging yang bertambah baik jika dibandingkan dengan Brahmans.



Simmental

Negara asal: Switzerland.
Diantara baka yang paling tua dan terdapat di merata tempat. Besar, berwarna merah dan putih serta producktif.. Cepat membesar dan pengeluaran susu yang tinggi. Boleh membuat kerja-kerja berat.

Please login or sign up to post on this network.
Click here to sign up now.