www.gem.socialgo.com (Direktori / Forum )

GEM Community Malaysia Agriculture & Agro-Based Industry DIRECTORY / FORUM Join GEM Community for free.Community for entrepreneurs to share information and their oppinion (Forum, Blog, Directory, Free Advertisement & etc) such as in Agriculture, Stock & etc. Hoping the GEM Community could give any benefit for everyone that joining GEM Community

PANDUAN PENTERNAKAN KAMBING

Wednesday 10th December 2008 11:40am 1
mazni
mazni
36 Posts
BAKA-BAKA KAMBING
Di antara baka-baka daging yang boleh digunakan untuk pemeliharaan:
  1. Kambing Kacang (Katjang)
  2. Jamnapari/Ettawah
  3. Anglo Nubian
  4. Kacukan
  5. Saanen
BAKA-BAKA KAMBING

Baka-baka kambing yang boleh digunakan untuk keluaran daging biasanya mempunyai badan yang padat jika dibandingkan dengan baka untuk pengeluaran susu. Ambing kambing-kambing jenis ini juga tidak begitu besar seperti baka-baka kambing susu. Di antara baka-baka daging yang boleh digunakan untuk pemeliharaan:
  1. Kambing Kacang (Katjang)
  2. Jamnapari/Ettawah
  3. Anglo Nubian
  4. Kacukan
  5. Saanen

Industri ternakan kambing di Malaysia bertujuan untuk menghasilkan susu dan daging. Baka-baka kambing yang dapat mengeluarkan susu dan daging yang baik diimport dari luar negeri seperti Jamnapari, Saanen, Anglo Nubian dan Toggenburg, untuk disilangbiakkan dengan baka tempatan. Hasilnya kita memperolehi anak kambing yang cepat membesar, tahan pada cuaca dan banyak mengeluarkan susu.

Wednesday 10th December 2008 11:42am 2
mazni
mazni
36 Posts

Kambing Kacang (Katjang)

Berat Lahir Berat Dewasa
Jantan 1.6 kg Betina 20 - 25 kg
Betina 1.8 kg Jantan 25 - 30 kg

Ciri-ciri:-
  • asal dari Malaysia dan Indonesia.
  • badan yang kecil dan pendek
  • tanduk melentur ke atas dan ke belakang.
  • Telinga tegak ke sisi, janggut pada jantan dan jarang pada betina.
  • Dari sisi, muka kelihatan lurus dan tirus.
  • Leher pendek dan bahagian belakang lebih tinggi dari bahu purata ketinggiannya ialah 50-60 cm
  • Kulit badan nipis, bulu yang kasar. Warna hitam, coklat kadangkala terdapat tompok-tompok putih di kaki atau badan.
  • Kelahiran kembar .
  • Pengeluaran susu 0.3 kg sehari dalam masa 3 bulan pertama dan 0.2 kg dalam masa 4 - 6 bulan.
Wednesday 10th December 2008 11:44am 3
mazni
mazni
36 Posts

Kambing Jamnapari

Berat Lahir Berat Dewasa
Jantan 3 - 4 kg Jantan 68 - 91 kg
Betina 3-4 kg Betina 36-63 kg

Ciri-ciri:-

  • Badan lebih besar dan tinggi dari kambing kacang
  • tanduk yang melentur ke atas dan ke belakang,
  • bulunya agak lebat di bahagian punggung dan daerah leher. Bulunya agak kusut dan bewarna campuran hitam dan kekuningan

  • sumber: jabatan perkhidmatan veterinar selangor
Wednesday 10th December 2008 11:48am 4
mazni
mazni
36 Posts

Kambing Anglo Nubian


sumber : jabatan veterinar selangor

Berat Lahir Berat Dewasa
Jantan 3.5 kg Jantan 70 - 85 kg
Betina 3.9 kg Betina 55 - 70 kg

tahan lasak dan mudah sesuai dengan alam sekitar.

  • Dwiguna-daging/pengeluaran susu .
  • Berbadan besar, telinga panjang dan melampai ke bawah.
  • Hidung melengkung ke bawah dan kaki yang panjang dengan purata ketinggian badannya 80 cm.
  • Kebiasaannya tidak mempunyai tanduk, bulu badan yang pendek.
  • Bulu coklat kemerahan tompok-tompok kemerahan seperti warna rusa, coklat putih, warna gelap atau kombinasi warna-warna tersebut.
Wednesday 10th December 2008 11:52am 5
mazni
mazni
36 Posts

Kambing

Berat lahir Berat dewasa
Jantan 2 - 2.5 kg -
Betina 2 - 2.5 kg -

Ciri-ciri:-
  • Hasil dari kacukan kambing Kacang dan baka-baka luar negara seperti Anglo Nubian, Jamnapari dan juga kacukan dengan baka-baka yang boleh mengeluarkan susu seperti Saanen, Toggenburg dan British Alpine.
  • Kebanyakan kambing yang dilihat di kampung-kampung adalah kambing kacukan, cuma 40% dari jumlah kambing di negara ini ialah kambing kacang.
  • Rupa bentuk mirip kedua induk dan baka, tidak mempunyai ciri-ciri sendiri.
  • Berat badan 18 - 25 kg. dalam lingkungan umur setahun.
  • Kambing kacukan dewasa juga mempunyai berat badan yang lebih tinggi dari kambing kacang
Kacang

Wednesday 10th December 2008 11:54am 6
mazni
mazni
36 Posts

Kambing Saanen



Ciri-ciri:

  • berasal dari Lembah Saanen di Switzerland.
    Bulunya pendek berwarna putih atau krim dengan titik
    hitam di hidung, telinga dan di kelenjar susu.
  • Hidungnya lurus ,muka berupa segitiga.
  • Telinganya sederhana dan tegak ke sebelah dan ke depan.
  • Ekornya tipis dan pendek.
  • Tanduk pada kedua jantina
  • Kekacang di leher
  • Hasil Susu-500kg-1,200 kg dalam tempoh 250 hari

sumber: jabatan perkhidmatan veterinar selangor

Berat Lahir Berat Dewasa

Jantan 3.0 kg

Jantan 68-91 kg

Betina 3.3 kg

Betina 36-63 kg
Saturday 17th January 2009 08:29pm 7
AgroNest
AgroNest
1 Posts

kami sedia membekalkan kambing untuk tujuan akikah ke seluruh malaysia.. belian borong di alu2kan.. baka anglo jantan cukup umur akan dibawa masuk dan dihantar kepada anda terus. harga serendah RM480 untuk belian borong dan RM500-RM600 untuk belian runcit. emel kami di dan_alrashid@yahoo.com 0132769072

Please login or sign up to post on this network.
Click here to sign up now.