www.gem.socialgo.com (Direktori / Forum )

GEM Community Malaysia Agriculture & Agro-Based Industry DIRECTORY / FORUM Join GEM Community for free.Community for entrepreneurs to share information and their oppinion (Forum, Blog, Directory, Free Advertisement & etc) such as in Agriculture, Stock & etc. Hoping the GEM Community could give any benefit for everyone that joining GEM Community

PANDUAN PENTERNAKAN ITIK - ITIK MUSCOVY

Wednesday 10th December 2008 12:50pm 1
mazni
mazni
36 Posts

PANDUAN PENTERNAKAN ITIK

ITIK MUSCOVY

OPERASI DAN PENGURUSAN

Pengurusan itik muscovy terbahagi kepada 3 peringkat :-

Peringkat perindukan - 1 hingga 2 minggu.

Tempoh perindukan anak itik pedaging dari umur sehari hingga dua minggu sangat penting dan memerlukan penjagaan yang sempurna. Pada hari ketibaan anak itik dikira, ditimbang dan terus di masukkan ke dalam kepungan. Air minuman yang bercampur vitamin diberikan dengan segera. Suhu dalam reban ialah 35 darjah celcius diperlukan untuk minggu pertama dan dikurangkan setiap hari sehingga mencapai 27- 30 darjah celcius. Setelah itik minum dan bergerak cergas barulah diberi makanan peringkat awal.Palong minuman sebaiknya dilapik dengan dulang bagi mengurangkan kecah dan kelembapan sarap. Palong minum diletak berselang-seli dengan palong makanan keliling dalam kepungan.

Bidai sekeliling reban dipasang bagi melindungi anak itik dari kesejukkan dan mengawal suhu secara tetap dalam reban.Keadaan suhu dalam reban yang sesuai dan selesa dapat dilihat dengan memerhatikan kelakuan anak itik di dalam kepungan. Jika suhu terlalu sejuk anak itik akan berkumpul dan akan berhimpit- himpit di satu tempat. Jika terlalu panas anak itik akan berselerakkan serta tercungap-cungap serta kepak yang terbuka.Haba perlu dibekalkan pada waktu pagi dan malam atau waktu hujan. Bidai mula diselak secara beransur- ansur selepas 2 minggu.

Peringkat umur - 3 hingga 4 minggu.

Bidai di gulung sepenuhnya kecuali hari hujan lebat.Kepungan dan alat pemanas di keluarkan. Dulang makanan anak ditukar kepada palong panjang. Makanan peringkat pembesar berbentuk pelet mula dicampurkan berperingkat dan seterusnya penggunaan sepenuhnya. Palong minuman kecil ditukar pada palong automatik kerana diperingkat ini itik mula minum dengan banyak.

Peringkat membesar - 5 hingga 13 minggu.

Pada peringkat ini makanan dan minuman perlulah sentiasa mencukupi kerana itik mula membesar dengan cepat dan pengambilan makanan meningkat. Untuk menyediakan makanan yang banyak dan sentiasa mencukupi, makanan mula diisi di dalam bekas berbentuk peti.Pada waktu siang dan cuaca panas, pintu reban dibuka bagi membolehkan itik keluar ke ruang legar depan reban. Elakkan itik dari gangguan pengurusan dan tegasan iklim sehingga sampai waktu dipasarkan. Pengurusan yang baik akan menghasilkan pembesaran itik yang baik

Kawalan pencemaran

Penternakan itik juga perlu diurus dengan baik dan mesra alam. Air cucian dari reban perlu di salurkan ke dalam kolam kumbahan yang disediakan oleh pihak ladang. Itik yang mati tidak wajar dibuang merata-rata bagi mengelakkan pencemaran bau dan penaykit. Lubang pembuangan itik mati yang bertutup papan tebal sedalam 4 hingga 6 kaki dalam perlu dibuat bagi mengatasi masalah ini.

Amalan perekodan

Ladang perlu mewujudkan dan mengamalkan sistem rekodan yang baik. Data-data boleh membantu pengusaha menganalisis pengurusan bagi membaiki kelemahan dan meneruskan usaha, pencapaian yang baik bagi menjamin keuntungan yang lumayan dan berterusan.

SUMBER: JABATAN PERKHIDMATAN VETERINAR SELANGOR

Wednesday 14th January 2009 03:50pm 2
drismail_merlin
drismail_merlin
2 Posts

mazni ada alamat laman web ternakan itik???kalau ada segera maklumkan pd saya.

Friday 13th February 2009 06:02pm 3
mazni
mazni
36 Posts

tak pastila, tak ramai yg ternak itik..ehm dato yg bela juta-juta itik t pun tak ada web.kalau nak leih lanjut kena ke Jabatan Perkhidmatan Haiwan la.

Tuesday 3rd March 2009 11:24pm 4
roha
roha
1 Posts

Salam . Itik muscovy merupakan itik yang cerdik, dan cepat membesar. Dalam masa 4 bulan itik jantan mempunyai berat 4-5 kg manakala itik betina 2-3kg. Jika makannya cukup itik akan mencapai berat tersebut. Ia dikategorikan sebagai daging yang paling sedap dalam dunia. Anak itik boleh dibeli dari jabatan haiwan di Paya Jaras Sg.buloh. Bagi sesiapa yang ingin mengusahakannya bolehlah membela itik tersebut 5 bulan sebelum raya cina.Ianya hanya laku pada musim tersebut. Itik ini mahal, seekor harga dalam Rm 20/++ bagi yang betina. Manakala itik jantan Rm 50/-

Saturday 29th August 2009 08:58am 5
Razak Lia Sari
Razak Lia Sari
2 Posts

Askum.salam perkenalan dari Razak penternak kecil muscovy. Ladang kami menternak 6000 - 8000 muscovy semusim. Sebagai sampingan kami juga memiliki angsa, ayam mutiara,api api, merak, ayam laga, ayam kampung, ayam cemani hitam penuh. Kami mengalukan bumiputra lain untuk datang belajar di ladang kami secara percuma. Layari http://www.unggasliasari.com hp saya 019 229 9119 012 226 9119 ,pejabat 03 92004828 03 92835268 faxs 03 92005208. Tempat tidur di serdiakan.. Nasihat saya kepada semua orang yang ingin untuk menternak atau bertani , berjumpalah dahulu dgn orang yg dah berjaya,orang yg dah gagal atau orang yg sedang mengerjakannya. Jangan dengar cakap penganjur kursus atau kekawan yg berkobar kobar nak jadi penternak jaya kebangsaan. Anda jgn terburu buru mengundang musibah.Biar anda susah tapi jgn biar anda merana dan merempat. Terlalu banyak penipuan dan sendikit terancang.

Please login or sign up to post on this network.
Click here to sign up now.