www.gem.socialgo.com (Direktori / Forum )

GEM Community Malaysia Agriculture & Agro-Based Industry DIRECTORY / FORUM Join GEM Community for free.Community for entrepreneurs to share information and their oppinion (Forum, Blog, Directory, Free Advertisement & etc) such as in Agriculture, Stock & etc. Hoping the GEM Community could give any benefit for everyone that joining GEM Community

Peserta Ternakan Ketam Dakwa Rugi - Sila Beri Komen

Tuesday 5th May 2009 10:05pm 1
Nazir
Nazir
14 Posts
SINAR HARIAN 05.05.2009. NASIONAL
Peserta ternakan ketam dakwa rugi


KUALA LUMPUR - Kira-kira 200 peserta ternakan ketam dari seluruh negara mengalami
kerugian antara RM30,000 hingga RM400,000 apabila projek yang dijanjikan akan memberi
pulangan lumayan itu gagal dilaksanakan.

Berikutan itu, mereka yang berasal dari Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor, Melaka, Negeri
Sembilan dan negeri di utara terpaksa menanggung bebanan hutang dengan bank kerana
membuat pinjaman modal untuk projek ternakan ketam itu.

Seorang mangsa, Norliana Abdul Ghani, 40, dari Kuala Lumpur berkata, dia membuat pinjaman
bank kira-kira RM400,000 kerana tertarik dengan tawaran projek menternak ketam yang
disampaikan oleh syarikat berkenaan.

Katanya, daripada jumlah itu, dia yang bekerja sendiri membelanjakan RM192,000 untuk
membeli benih ketam dan lebih RM200,000 lagi digunakan untuk membina bangsal bagi
menempatkan ketam.

“Saya tertarik dengan projek ini kerana pihak syarikat memaklumkan ketam yang diternak
boleh mencecah berat sehingga empat kilogram seekor, selain daripada jangka masa
matang yang pendek.

“Bermula Julai tahun lalu, saya mula menternak dan sehingga kini tidak ada hasil diperoleh,
malah semua ketam itu mati. Saya cuba menghubungi pihak syarikat untuk memantau, tetapi
mereka seperti tidak layan dan sentiasa melengah-lengahkan kehadirannya untuk membantu,”
katanya ketika ditemui Sinar Harian selepas mengadakan perjumpaan dengan rakan
penternak di sebuah hotel di sini.

Kira-kira 100 peserta dari seluruh negara yang mendakwa ditipu oleh syarikat berkenaan
berjumpa dan berbincang mengenai kegagalan projek itu termasuk bercadang mengambil
tindakan terhadap syarikat berkenaan.

Norliana yang berasa tertipu dan teraniaya berkata, dia akan mengambil tindakan undang-
undang terhadap pihak berkenaan.

Yusman Ariff, 35, dari Johor pula berkata, sebelum menyertai projek itu, setiap daripada
mereka diwajibkan mengikuti kursus anjuran syarikat berkenaan dengan bayaran pendaftaran
antara RM250 hingga RM350 seorang.

“Semua wang itu saya gunakan untuk membeli benih dan set kolam yang dibekalkan syarikat
berkenaan. Tetapi selepas memulakannya projek itu tidak berjaya sebagaimana diuar-uarkan
oleh syarikat.

“Malah setiap kali saya hadapi masalah, pelbagai alasan diberikan kakitangan syarikat.
Kononnya saya tidak mengikut spesifikasi ditetapkan menyebabkan ketam gagal membiak,”
katanya.

Yusman berkata, dia kini hidup dalam kesempitan kerana projek itu gagal dan kehabisan
sumber kewangan untuk menyara keluarga termasuk membayar sewa rumah, kenderaan
dan pinjaman.

Zainol Abidin, 61, dari Alor Setar berkata, dia tertarik dengan penerangan diberikan syarikat itu
ketika mengikuti kursus dan menganggap projek berkenaan dapat memberikan masa depan
yang cerah setelah dia bersara sebagai pendidik.

Katanya, dia memulakan projek itu pada Jun tahun lalu dan diberi jaminan oleh kakitangan
syarikat kononnya dalam tempoh tiga bulan ketam yang diternak akan mengeluarkan hasil.

“Namun, dalam tempoh tiga bulan, berpuluh ribu anak ketam yang diternak mati walaupun saya
telah mematuhi syarat penggunaan air dan penjagaannya.

“Apabila saya hubungi syarikat itu, mereka berjanji akan datang siasat, tetapi sehingga saya
dalam keadaan tertekan dengan masalah inipun mereka tidak datang,” katanya yang kerugian
kira-kira RM18,000.

Katanya, mereka telah menubuhkan jawatankuasa bertindak bagi mencari jalan penyelesaian
kes itu dan kepada rakan yang turut mengalami masalah sama boleh menghubungi Hadzri di
talian 019-956 9482 untuk membolehkan mereka mengambil tindakan undang-
undang terhadap syarikat berkenaan.



Please login or sign up to post on this network.
Click here to sign up now.