www.gem.socialgo.com (Direktori / Forum )

GEM Community Malaysia Agriculture & Agro-Based Industry DIRECTORY / FORUM Join GEM Community for free.Community for entrepreneurs to share information and their oppinion (Forum, Blog, Directory, Free Advertisement & etc) such as in Agriculture, Stock & etc. Hoping the GEM Community could give any benefit for everyone that joining GEM Community
Mon 26th

Kambing Malaya Network

Published by: Kambing Malaya Network on Monday 26th January 2009 02:01am

Kumpulan kami di asaskan daripada inisiatif 2 orang anak kampung yang telah melalui program latihan penternakan kambing. Tujuannya adalah untuk bersaing ke peringkat yang lebih tinggi seperti kumpulan yang sedia ada seperti "Boer Best Group", "De_kebun" & lain-lain kumpulan..

Kini banyak penternak kambing gulung tikar tak kira daripada ladang kecil mahupun yang besar.. Ini adalah salah satu daripada asas projek & hala tuju projek ternakan itu di jalankan.. Faktor kecenderungan yang terlalu tinggi baka-baka dari luar seperti boer & jamnapari sehinggakan baka tempatan nampak terabai sedang ia lebih baik dari segi ketahanan & harga yang lebih murah..

Oleh yang demikian misi utama kami adalah membantu penternak kambing kecil-kecilan dari segi pemasaran, penyaluran maklumat, penyediaan baka & latihan.. Walaupun bukan pelopor tetapi kami cuba juga sedaya upaya bersama-sama mengembangkan industri ternakan kambing ini..

Dalam masa kini kumpulan network ini disertai oleh 5 ladang ternakan yang juga jadikan sebagai transit kambing sembelihan bagi jualan borong mahu pun runcit.. Dengan jaringan ini, ilmu dan dorongan dapat dikekal dan dipertajamkan untuk kepentingan bersama.

Salam,

Zulkifli ~ Bina Ternak Agri Farm (http://www.binaternak.blogspot.com/)

Rozalafri ~ Ex Casserose Agro Farm (http://www.kambing-boer.blogspot.com/)

KAMBING MALAYA NETWORK (http://kambingmalayanet.blogspot.com/)